Sunday, January 4, 2009

Bonsai collection





Buxus

23 comments:

Mat Yie said...

Salam utk Farus,

Nampaknya Farus dan Noryadi ni ada minat yg sama, maksud saya minat pokok yg ada batu, yg bezanya Noryadi minat yg besar je. Tidak ada masalah walaupun minat yg kecil asalkan ianya manis dipandang. Mustam tu cantik walaupun batangnya tak berapa besar cuma cuba ubah cara atur batu diumbinya saja.

Ahmad Farus said...

Salam untuk Mat Yie,
Tq for the tips,mustam tu size kecil je.Baru bagi saya hal mustam ni,dan saya perhatikan ia cepat bertunas.Mungkin Sifu advice saya baja sesuai untuk dan perlukah ia terdedah pada sinaran matahari sepenuhnya.
Tq.

Mat Yie said...

Encik Farus,
Nantikan penjelasan secara terperinci mengenai baja yg sesuai utk pokok mustam dan lain2 dari Sifu Muda Noryadi kerana beliau lebih specialist mengenai jenis2 baja ini.
Terima kasih.

Noryadi said...

Terima kasih kpd Sifu Bohori krn memberi kepercayaan utk saya berkongsi pengetahuan yg umpama langit dan bumi dgn SB.

Abg A.Farus,
Mustam memerlukan pencahayaan yang penuh dan pengudaraan yang sempurna utk pertumbuhannya. Memandangkan daunnya yg agak besar,ia melindungi cahaya matahari utk tembus ke bawah dan jika ditambah dgn aliran udara yg tidak sempurna,senang sekali fungus menyerang batangnya krn kelembapan yg tinggi. Utk penerangan detail penjagaan pokok mustam saya,telah saya terangkan di dlm blog BonsaiKita.

Ahmad Farus said...

Yadi,
Tq atas maklumat berkaitan kaedah baja tanaman.Infor yang baik.
Ok,saya pasti kebanyakan kita (yang baru berjinak dgn.tanaman pokok bonsai ini)menggunakan baja yg terdapat di pasaran (pellets organic tahi ayam,soya dan sbgainya)malah saya sendiri menggunakan nya
Kaedah yang diamalkan oleh Yadi tu pastinya perlu tumpuan yg rapi dgn bilangan pokok terpilih.Tapi bagaimana agaknya dgn jumlah pokok yg banyak.
Untuk maklumat, saya sekian lama telah menggunakan baja semburan untuk daun HB 101(organic).Permerhatian saya ia baik dan ada berbezaan pada kesuburan daun nya.Apa komen anda pula,adakah ada baja semburan yg lebih baik.Sifu Mat Yie ada syorkan cecair B1. TQ again.

Noryadi said...

Abg Farus,
Saya ada menulis tentang isu pembajaan yg abg bangkitkan di sini di dalam blog BK utk perbincangan lanjut bersama.

Ahmad Farus said...
This comment has been removed by the author.
Ahmad Farus said...

Assalam...kum Mat Yie,
Tolong saya cara terbaik untuk repot pokok pine spesis dari Jepun ni (juniper Japan).Ada pokok saya ni yg penghujung daunnya jadi warna 'brownish'.Adakah air berlebihan,dan perlukah pokok spesis ni didedah full sunlight(sesuaikah dgn tahap suhu tinggi disini).
Tq.

Mat Yie said...

Encik Farus,

Cara2 merepot Juniper.
1)Bulan terbaik merepot Juniper ialah bulan 1 - bulan 3. Repot 2 @ 3 tahun sekali.
2 )Sebelum repot biarkan tanah dalam pasu kering dahulu.
3 )MUSTAHAk... semasa buang daun jangan repot kerana pokok boleh mati. Boleh repot selepas 3 bulan dr tarikh buang daun @ lepas repot 3 bulan baru buleh buang daun.
4 )Jika mahu membuat jin mesti lepas repot setahun.
5 )Semasa repot tanah asal(lama) kena tinggal 30%.
6 ) Masa kuarantin panas mahu sedikit sahaja tapi mesti kena air embun.
7 )Satu hari kena siram 3 kali tapi masa siram jangan sampai air menitik ke bawah (siram sedikit saja)
8 )Tanah mesti kering baru boleh siram.
9 ) Selepas repot mesti spray batang dan daun selama 10 hari pertama.

Selamat mencuba.

Ahmad Farus said...

Mat Yie,
TQ fot the infor on cara repot Juniper.Saya akan cuba cara anda pulak,sebelum ni dah buat tapi tak la sebegitu cara nya.
OK nak sentuh hal pokok dicuri dlm.blog BK.
Disini,kawasan saya tinggal,kecurian pokok memang kerap berlaku,malah saya sendiri pun alaminya.Tapi reda sajalah.
Pokok Mat Yie yang jumlah ribuan tu tak ada yg kena curi ka? Pandai jaga no!
Pak Sulis tu dah off line terus ka?
Jika Pak Sulis terbaca ni,saya harapkan Pak sihat dan bahgia selalu.
Mat Yie,nak tanya lagi.Saya ada satu pokok,seakan CA.Bau daunnya pun hampir sama,paras daun pun hampir sama,warna batangnya pun hampir sama..tapi bukan CA.Adakah spesis ni ujud hampir sama CA dan apa nama nya.Saya beli di nursery dan tanya tuan kedai,dia sendiri kata bukan CA,nama pokok pun dia tak tau.Pasti Sifu tau pokok ni.
Tolong komen Mat Yie,TQ.

Ahmad Farus said...

Mat Yie,
Nama saintifik pokok bonsai dalam blog BK tu amat baik untuk rujukan peminat bonsai semua.I personaly TQ for it. Jika tak keberatan saya harap Mat Yie bolih sent me a copy to my e-mail for me to print out.
TQ again.

Mat Yie said...

Salam utk En.Farus.
Alhamdulillah kat rumah saya belum pernah berlaku lagi kehilangan pokok. Mungkin kerana kedudukan rumah saya agak ke dalam dari jalan utama menyebabkan pokok2 saya masih selamat.
Tetapi dekat rumah kwn saya di jalan utama selalu berlaku kecurian pokok.
Tentang pokok yg hampir sama dgn cucur atap tu saya rasa itu bukan pokok cucur atap, itu pokok dari luar( bukan spesis Malaysia), namanya pun saya tak tahu, nanti saya selidik nama pokok tu. Pokok itu pernah dibuat bonsai di Pertandingan di Kluang dulu, memang cantik.
Tentang nama2 saintific bonsai tu saya sudah email kpd Farus kelmarin.

Ahmad Farus said...

Salam 2 u Mat Yie,
TQ atas hantaran e-mail tu.Saya akan edarkan pada penggiat bonsai disini. Jadi betul lah pokok yg dimaksudkan bukan CA.OK lah harap Sifu inform saya jika dapat maklumatnya.TQ again.

Ahmad Farus said...

Yadi,
Pokok mustam saya sedang mengeluarkan tunas baru,bila masa sesuai untuk buang daun nya(bogelkan)atau perlukah dibuang daun nya?Jika perlu,adakah daun baru nanti akan lebih cantik dan lebih lebat?Harap bagi tips sikit atau Mat Yie sendiri bagi infor.
Tq to all....!

Noryadi said...

Abg Farus,
Untuk mendapat penjelasan details tentang persoalan abg ni, abg blh merujuk kpd komen saya di dlm BK yg menghuraikan tentang fisioloji pokok. Pada pendapat jahil saya, kita perlu memahami keseluruhan proses/rutin pokok dari jenis conifer ini. Daun adalah tempat pemprosesan fotosintesis yg menukar tenaga kimia kpd makanan dan dibekalkan kpd seluruh komponen pokok utk timbesarannya.

Yang penting bagi saya adalah...kita perlu memastikan utk apa kita membuang daun bonsai kita. Mustam mempunyai struktur ranting yang bagus utk dipamerkan tanpa daun. Dalam proses training atau penanaman,tak perlu dibuang daunnya jika pokok tidak diserang penyakit atau fungus. Biasanya saya membuang daun mustam ini bila ingin membuat pendawaian atau daunnya sudah cukup tua utk memastikan pertumbuhan daun baru sekata. Repot dilakukan 6 bulan sekali krn akar mustam ni cepat pertumbuhannya.

Ahmad Farus said...

Salam 2 Yadi n 2 all,
TQ Yadi.
Kesempatan nak ucap selamat bercuti pada TBC pada semua dan selamat memandu jika anda memandu,dan moga tiada kecurian pokok bonsai.
tq.

Ahmad Farus said...

Salam pada Sifu 2 semua dan peminat bonsai,!
Ada dok tanya pi mana semua dan apasal blog kini agak muram(rujuk BK).
Ya lah mungkin semua agak sibuk dgn pilihanraya kecil d Perak dan Kedah kot,kalau ada yg kena colik tu tak tau la pulak!!
Nak tanya Mat Yie atau Yadi ka atau sapa sapa lah yg arif,
1)Pokok podacarpus jika di buang kesemua daun nya (mengharapkan daun baru yg lebih segar dan molek) boleh tak di amalkan.
2)Pokok Juniper saya ada mengeluarkan pucuk pucuk yg 'tajam'.Ada pendapat terlebih baja,betul ke?
3)Boleh tak sekadar guna Spray racun waterbase(spray nyamuk)pada pokok.Saya bisa guna pada pokok podarcapus untuk semut dan pokok tu ok je,tapi pokok lain tak cuba la lagi pasal tak perlu.
OK TQ TO ALL.

Noryadi said...

Bang Farus,

Dari pengalaman saya :-

1) Spesis Podocarpus ni diklasifikasikan di dalam kategori pokok evergreen broad-leaf. Tidak sesuai dibuang kesemua daunnya. Ratio kekeringan yg akan menyebabkan kematian adalah 80:20. Kebiasaan daun dibuang dgn memotong dahan selepas daun utk membolehkan air diserap melalui dahan tersebut. Daunnya juga boleh dipotong separuh,jgn dipotong habis.
2) Spesis Juniper diklasifikasikan di dalam kategori pokok coniferous. Kebiasaan daun juniper (sinensis/sargent) ini terbuka apabila air yg diserap oleh akar berlebihan. Kuntuman daunnya yg berbentuk ‘V’ akan terbuka utk membebaskan air dlm proses pengewapan. Ini biasa berlaku selepas proses pruning atau repotting. Caranya, kurangkan kadar siraman air.
3) Tiada bukti/kajian tentang kesan sampingan spary racun waterbase terhadap pokok. Cuma perlu difahami kandungan racun tersebut dan apakah tindakannya terhadap permukaan daun. Ramai yg menggunakan spray waterbase ini terhadap utk mengawal serangga dan tiada apa2 implikasi buruk kpd pokok. Tapi bagi saya, saya lebih suka kpd specification. Biarlah racun serangga tertentu yg dikaji khusus utk tumbuhan diaplikasikan terhadap tumbuhan dan bukannya yg dikaji utk household tp digunakan kpd tumbuhan.

Ahmad Farus said...

Untuk semua,
Terbaca saya penulisan olih Randy Clark (sifu bonsai).Mungkin ada yg telah baca,pada yg belum,sama sama kita renungkan,:-
The argument often made is that "My bonsai are not good enough for a show".It is a hollow argument and indicates a bonsaist with little self confidence.What they do expect is that you have enough pride in what you are doing to share a little of your art with friends.
Remember that the bonsai you show reflects upon you as an individual,but you should make certain that any tree entered in a show is well groomed,manicured and in a "showable" condition. Tq.

zunira bonsai said...

Salam buat saudara, tahniah kerana saudara sudah mempunyai koleksi yg banyak, saya percaya suatu hari nanti pokok2 saudara akan menjadi pokok yang bernilai, yang penting masa dan kesabaran kita saja. Salam petrkenalan. Let's bonsai...

wadie79 said...

aslkum, tanya ckit, kat alor star ada nursery bonsai tak? asl perlis tp tinggal kat KL, slalu gak blik ps, cari nursery bonsai kat ps & kedah tp xpenah jumpa. ada sbuah je jump kat jln ontheway Tesko 2, itu pun xbyk pokok.

Ahmad Farus said...

Hai Wadie79,
Mengenai nursery bonsai ni tak banyak terdapat yg khursus jualannya hanya pokok bonsai.Lebih banyak jualannya pokok biasa/hiasan dan disitulah nanti di selitkan beberapa pokok bonsai.Tapi ada tempatnya,bonsai keutamaan jualannya.Alamat disekitar AS ni saya tak pasti tapi jika benar berminat boleh saya tunjuk arah.Sila berhubung email dgn saya,mungkin saya dapat membantu.Dari KL boleh juga singgah di Nibong Tebal dan Batu Kawan,di situ ada kedai jualan bonsai,tak rumit mencari,sekadar di tepian jalan utama.

Unknown said...

salam untuk farus. saya amat meminati seni bonsai tapi tak tahu nak mula.boleh join team bonsai anda tak sebab saya di kulim